Tuesday, September 6, 2011

masa belajar bermain,bila disuruh bermain malas...

susah juga ni budak-budak zaman sekarang. Jarang aku jumpa yang betul-betul mau belajar,tiap kali masuk kelas mesti ada yang tunjuk muka boring.  Dah la exam PMR nda lama lagi,masih lagi lebih gemar berbual-bual berbanding jawab latihan yang diberi..adui...apa lagi yang perlu dibuat ngan budak-budak ni. Mau dimarah nda boleh,didenda dilarang sama sekali..ditegur pun budak buat nda endah jak..kalau ikutkan hati,sudah lama aku suruh keluar kelas...hampeh betul...

Ni la cabaran bukan setakat aku tapi guru-guru di seluruh negara ni.  Kalau cakap nda pandai tarik perhatian budak nda juga,banyak sudah aktiviti yang dibuat dalam kelas tapi perangai tetap sama.  Balik-balik sudah dicakap kejayaan nda bergantung kepada guru semata-mata tapi lebih banyak bergantung kepada usaha sendiri.  Macam angin jak ni masuk di telinga durang..

Time 1m1s pula sorang pun nda datang.  Ada pun orang yang sama setakat 2/3 orang. Haih,dalam kelas bukan ligat lagi bermain,bila time bermain malas pula datang...

Tu la,terlampau dimanja dengan peraturan yang lebih banyak memihak kepada budak-budak.  Zaman dulu guru rotan berjaya juga di kemudian hari,sekarang, baru didenda berdiri suda masuk newspaper,huhu...

Apapun, yang penting aku suda laksanakan tanggungjawab..berjaya atau tidak, terpulang kepada murid-murid aku.  Pilihan di tangan mereka..

No comments:

Post a Comment